Thursday, October 11, 2012

Di sebalik nama


Bunga Telang (Clitora Ternatea) dalam bahasa Inggeris dipanggil Butterfly Pea amat popular dalam pembuatan nasi kerabu kerana warna birunya digunakan sebagai pewarna. Zaman dulu-dulu mana ada pewarna tiruan macam sekarang. Mereka menggunakan warna-warna yang ada disekeliling ataupun bahan yang ada di belakang rumah. Nak hijau guna daun pandan nak kuning guna telur. Tapi sekarang kita guna pewarna yang dijual di kedai. Begitulah mudahnya zaman sekarang. Sebab itulah, makanan sekarang tak boleh lawan sedapnya dengan makanan yang dibuat oleh nenek-nenek  kita dulu.
Daun pandan digunakan untuk buat pelbagai jenis kuih muih

Pokok Telang yang saya tanam hasil pemberian anak pokok daripada seorang rakan. Masa dapat macam tak yakin pokoknya akan tumbuh sebab tingginya hanya lebih kurang 5cm.Tapi sekarang membesar dengan jayanya.Penuh pagar belakang rumah. Pada mulanya ditanam untuk buat nasi kerabu ( En Hubby orang Pantai Timur). Konon-kononnya nak guna pewarna asli. Tapi sepanjang 8 bulan pokok tu membesar. Hanya sekali je nasi kerabu dibuat. Sebab tuannya malas  sibuk. Akhirnya pokok tu menjadi pokok pagaran. Melindungi pandangan-pandangan jiran tetangga dari mengintai aktiviti memasak di dapur. Pokoknya sangat subur sehingga terpaksa dicantas separuh. Sayang aja melihat bunga terbuang. Tapi sekarang.Tidak lagi ( macam iklan tibi lak). Saya dah jumpa resepi untuk bunganya. Saya akan catatkan dalam nukilan akan datang.

Tuesday, October 9, 2012

Bila kapur mula menulis

Selamat datang dunia blogging. Moga dapat berkongsi kisah dan pengalaman. Yang buruk dijadikan sempadan yang baik dijadikan teladan. Salam perkenalan